Skip to content

Konsep Shamanism Dalam Hadith dan Implikasinya Terhadap Fenomena Perbomohan Kontemporari di Kelantan

Khairulnazrin Nasir, Khadher Ahmad, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, Ahmad Najib Abdullah, Nor Hazrul Mohd Salleh, Wan Rohani Wan Mokhtar

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi September 25, 2025 DOI: 10.53840/ejpi.v12i3.268 (opens in new tab)

Study at a glance

AI-extracted from the abstract
Characteristics Qualitative study Peer reviewed
Topics Shamanism
Keywords Islamic education Glory
Key findings Hadith explicitly prohibits shamanistic practices involving polytheism, divination, soothsaying, and sorcery, and despite Islamization efforts in Kelantan, some elements remain contrary to Islamic teachings.

Abstract

Kajian ini menganalisis konsep shamanism dari perspektif Hadith dan mengkaji fenomena perbomohan kontemporari di Kelantan. Permasalahan utama yang diteliti adalah kewujudan amalan perbomohan yang melibatkan ritual dan jampi yang tidak jelas sumbernya daripada al-Quran dan Hadith, sering kali berpotensi mengandungi unsur syirik. Ini menimbulkan cabaran besar dalam membezakan antara pengubatan Islam yang sahih dengan amalan yang menyimpang, khususnya dalam usaha memurnikan akidah masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan metodologi kepustakaan, berfokus kepada analisis Hadith tematik dan rujukan akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hadith secara jelas melarang amalan yang melibatkan syirik, perdukunan (kahānah), pertenungan (‘irrāfah), dan sihir yang bertentangan dengan prinsip tauhid. Meskipun fenomena perbomohan di Kelantan telah mengalami transformasi, termasuk usaha “Islamisasi,” masih terdapat elemen-elemen yang bercanggah dengan ajaran Islam. Untuk menangani cabaran ini, satu kerangka penilaian berasaskan hadith sahih dicadangkan bagi membezakan amalan yang dibenarkan dan yang dilarang, terutamanya dalam konteks akidah dan ibadah. Kajian ini menyumbang secara signifikan kepada korpus ilmu dalam bidang pengajian hadith dan antropologi Islam, khususnya di Malaysia, serta menyediakan asas teoretikal untuk penggubal dasar dalam merangka garis panduan berkaitan pengamal perubatan tradisional, sekali gus memelihara akidah masyarakat daripada amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Comparable studies

Other qualitative studies on shamanism, most cited first.

Study Year Design Participants
"Plantas con madre": plants that teach and guide in the shamanic initiation process in the East-Central Peruvian Amazon. Curanderos, apprentices, and herbalists in East-Central Peru, including Mestizo,... 2011 Qualitative study n = 36
Purging and the body in the therapeutic use of ayahuasca Healers and participants in shamanic tourism contexts of the Peruvian Amazon and... 2019 Ethnography with literature review n = 227
The Globalization of Ayahuasca Shamanism and the Erasure of Indigenous Shamanism Western tourists and indigenous peoples in Iquitos, Peru 2016 Ethnography
Shamanism and Rock Art in Far Western North America Historic hunter-gatherer cultures of California and the Great Basin 1992 Ethnographic review and analysis
Working with “La Medicina”: Elements of Healing in Contemporary Ayahuasca Rituals Ayahuasqueros and Western participants in shamanic tourism in Iquitos, Peru 2012 Ethnography

Explore topics